Industri perfileman Hindia_Timur_Belanda

Sejumlah 112 filem cereka yang diketahui telah diterbitkan di Hindia Timur Belanda antara 1926 dan pembubaran koloni pada 1949. Wayang gambar terawal, diimport dari luar negara, telah ditayangkan pada lewat 1900,[14] dan menjelang awal 1920an, siri filem import dan cereka telah ditayangkan, dengan nama tempatan.[15] Syarikat Belanda juga menerbitkan filem dokumentari mengenai Hindia akan ditayangkan di Belanda.[16] Laporan pertama penerbitan filem di Hindia Belanda bermula dari 1923, walaupun ia tidak dapat disiapkan.[17] Filem tempatan pertama yang diterbitkan, Loetoeng Kasaroeng, diarahkan oleh L. Heuveldorp dan dikeluarkan pada 31 Disember 1926.[18]

Umumnya filem yang dihasilkan di Hindia Belanda berkait dengan cerita tradisional atau telah diadaptasikan dari karya sedia ada.[19] Filem terawal ialah filem senyap, dengan Karnadi Anemer Bangkong (1930) yang secara umunya dianggap sebagai filem percakapan pertama;[20] filem seterusnya ialah bahasa Belanda, Melayu atau bahasa asli. Semua filem hitam putih.[21] Pakar antropologi visual Amerika Karl G. Heider menulis bahawa semua filem sebelum 1950 adalah hilang.[22] Bagaimanapun, Katalog Film Indonesia yang disusun oleh JB Kristanto merekodkan beberapa filem sebagai antara yang terselamat di dalam arkib Sinematek Indonesia,[23][24] dan Biran menulis bahawa beberapa filem propaganda Jepun telah tersimpan di Perkhidmatan Maklumat Kerajaan Belanda.[25]

Teater yang dimainkan oleh pemain drama seperti Victor Ido (1869-1948) diperembahkan di Schouwburg Weltevreden, yang kini dikenali sebagai Gedung Kesenian Jakarta. Bentuk teater kurang elit, popular dengan orang Eropah dan orang asli, adalah teater perjalanan Indo teater yang dikenali sebagai Komedie Stamboel, yang popular oleh Auguste Mahieu (1865-1903).